C o m e A n d J o i n M e =)

Wednesday, March 25, 2015

Mendidik nilai murni


Da nak tido ni teringat plak nak tulis kat blog. Rania n qisya da makin besar. Dulu banyak gaduh but now da pandai main sama Alhamdulillah. Kadang nak kasi dorang tak banyak gaduh sesama, bila dorang gaduh aku suro dorang hug n kiss each other's cheek ( karang kalo x explain korang ingat suro comolot plak. Hehehe). Setakat ni berkesan.

Pon mcam tu aku slaku impress dengan Rania. Kalau aku marah dia, biasanya bila die tengok aku da cool down, mesti dia datang cakap "Rania sayang ibu. Rania nak dengar cakap ibu". Nanti lepas tu dia akan mintak salam dengan aku sebab dia tau dia salah. Kadang kalau macam dia terlupa nak salam, malam before tido lepas kitorang baca doa sama2 dia akan cakap sori ibu.

Aku tau dia jenis ringan cakap sori n minta maaf sebab aku pon buat benda yang sama pada dia. If aku rasa aku termarah lebih or slalu sangat marah, aku akan minta maaf pada dia n cakap sori. Kalau kita ni jenis tak rajin nak mintak maaf kat anak, aku sure anak pon akan rasa kekok nak minta maaf kat ko sampai ke besar. So kalo buat salah aku rasa tak salah kita minta maaf pada dia walaupon kita lagi besar dari dia. Dorang pon sama macam kita, kalau da kita sorang je asik minta maaf pada orang yang sama, ko rasa lama2 tak jemu ke sebab takkanlah all the time ko je salahkan. So kena sama2 buat kalo nak dapat hasilnya.

Satu lagi Rania slalu cakap camni kat aku especially bila aku cakap camni, "Rania, ibu nak beli beg ni tapi takde duit". Nanti dia cakap, "nanti rania ada duit, rania belikan ibu beg ni ea". Jangan skali2 lokek dengan anak especially masa anak kecik. Kalau takde duit ko cakap je, "ibu belom cukup duit. Nanti kalau ibu ada duit ibu belikan k". Tapi aku kalau Rania macam asik mintak barang memang aku cakap je tak baik tamak2, barang da ada kat rumah so tak bole banyak2 nanti membazir. Sebab rania jenis menuntut. Kalo da janji kena tunaikan. So kalau aku tau aku takkan belikan die sesuatu permainan or anything yang dia mintak aku calap je aku takkan beli sebab apa.

So aku sekarang ajar jugak dia supaya bagi mainan yang tak dimain kat charity. Mula memang nangis tapi lepas tu dia pon cakap, "ni kita bagi orang eh bu sebab kita da ada banyak mainan". Aku taknak anak aku jadi suka simpan barang tapi tak main pon. So kenalah jugak terapkan perangai suka share dengan orang lain.

Kalo mommies semua ada cara macam mana didik anak tanamkan nilai2 murni bolelah share k.

1 comment:

Ibu Ilyanie(s) said...

dah makin membesar anak-anaknya... cepat betul masa berlalu!

P/s: Jemput datang ke rumah and folo too ye...TQ! puterihannan.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails