Skip to main content

Ahmad Ziyad

Assalamualaikum semua,

Akhirnya selamat melahirkan anak ketiga 28 Jun 2015. Lambat tulis entri sebab kali ni bersalin bila ada masa terluang memang akan tido. Hahaha. Mungkin kerana faktor usia, badan asik rasa letih walaupon anak kali ni pon jenis tak bangun malam jugak. So kali ni dapat baby boy. Alhamdulillah. Rasa macam nak tutup kilang dah (ahahaha..gelak jahat).

Nak citerlah pengalaman bersalin anak laki ni. Perut kali ni kecik. Masa da cukup minggu pon orang tengok macam 5 bulan. Masa nak bersalin pon doc cakap baby berat maybe dalam 2.2-2.4 kilo je sebab kecik sangat perot. Tapi alhamdulillah yang keliar 2.97 kg.

Untuk kali ni aku ade 3 edd. Mula2 ikut period doc bagi dalam 17.6 pastu ikut scan 23.6 then las skali doc tukar jafi 29.6. Jadi aku pon neves jugaklah tunggu nak bersalin sebab kalo bole nak bersalin awal puasa. Kengkonon masa raya nanti sehatlah sket kan. Tapi baby kuar 11 Ramadhan. Oklah jugak sebab awal puasa lagi.

So masa hari nak bersalin tu, aku sebenarnya few days before tu da kuar lendir darah tu. Tapi gi hospital dorang cakap baru bukak dalam 2cm gitu. Braxton hicks memang da beberapa hari da. Tapi sebab da anak ketiga, rasanya pon da lagi relax nak bersalin tu. Lepas yang balik dari hospital tu, aku prasan mucus plug tak berhenti keluar sampai aku kena pakai pad sebab kuar continuously. Bukan air ketuban tau. Dalam 4-5 hari jugaklah keluar. So masa hari nak bersalin tu, siang tu aku tengah dudok main dengan qisya buat apa tah tiba2 aku rasa macam suddenly kuar air yang banyak. Macam masa ko tengah heavy period, pastu time darah kuar menderu banyak sampai ko takut tembus pad ko pakai tu. Haa macam tulah rasanya.

Aku terus gi toilet. Sure tak sure je tu air ketuban sebab warna die macam kuning2 hijau. Aku konpius dengan lendir darah tu walaupon warna die obviously warna hijau. Masa tu kul 1130 pagi. Aku baru lepas mesej dengan kawan aku cite pasal SIL dia bersalin sebab baby berak dalam perut. Aku pon estimate masa kalau dalam sejam still keluar air ni tak berenti n warna masih macam ni, aku sure lah tu air ketuban yang menandakan baby da poo2 dalam perut.

Lepas sejam memang masih kuar n aku da ganti pad maxi 3 kali so aku confirm tu air ketuban n warna da makin kurang kehijauan tapi jadi warna kuming2 gitu. Kalo ko tengok macam taik baby masa dalam hari campur dengan air. Die jadi macam berkeladak kan. Haa macam tulah air ketuban yang ade poo2 dorang ni. So aku bagitau en suami, aku mandi siap2, makan sket n teros gi hospital. Sampai hospital dalam kul 230 ptg. Mula masuk bilik cek tu biasalah kena tunggu sekejap. Dalam setengah jam aku cepat2 panggil nurse n bagitau yang aku rasa baby da poo2 sebab air ketuban da warna kuning hijau. So dorang pon cepat2 cek, amik sampel air ketuban. Since warna masih jernih, dorang suro masuk bilik bersalin terus. So aku masuk bilik bersalin kul 330 ptg.

Dalam bilik bersalin dorang masukkan air n bila masuk air teros je rasa sakit contraction. Yang handle aku HO india. Sangat baik n aku suka sebab die sangat polite n lemah lembut. Sempatlah borak2 dalam tu. Masa pukul 530 aku baru rasa sakit kuat. Doc da sebok suro aku amik epidural sebab bukaan agak lambat. Aku refuse banyak kali sampai las2 kul 6 aku amik jugak. Bila da amik tu sakit memang makin kuat lah. So doc suro amik ubat tahan sakit plak. Aku refuse tapi die suro jugak amik. So bila amik memang ngantuklah.

Masa ni aku banyak kali terlelap kecuali masa sakit kuat n pukul 7 macam tu aku tibe2 terjaga dari lelap n rasa nak teran. Doc suro tunggu tapi tak bole sebab aku memang rasa nak teran. Macam saat2 ko nak terberak yang tak bole tahan time cirit birit. So doc tengah prepare aku sebok meneran sampai aku tau masa tu kepala baby da kuar separuh. Doc datang pon terkejut tengok kepala da kuar separuh. So aku push lagi kuar kepala n teran lagi skali kuar terus baby.

Doc tu cakap aku baik sebab aku tak jerit2. Yelah da anak nombor 3 kot. N mak pon memang pesan kalo sakit jangan jerit, baca je istighfar banyak2. Aku rasa bersalin kali ni sakit tak lama tapi sakitnya lebih kuat. Berketap2 gigi aku tahan sakit. Tapi alhamdulillah semua selamat. Jahit pon sikit je dalam setengah jam. Tapi lepas bersalin aku kena rengat. Sama macam time qisya. Seminggu jugaklah nak hilang. Bengkak perut aku masa balik dari hospital tu. Makcik urut tu banyak tolong aku. Nanti ada masa aku cite pasal pantang plak.


Comments

Miss Kirokuza said…
tahnniah arina :)
lama x tgk gambo kakak2...beso dah!
Dewi Aja said…
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Popular posts from this blog

Hada Labo

Harini da berjaya hantar proposal. Walaupon lambat sehari tapi Alhamdulillah masih diterima fakulti. Hehe. Dugaan betol masa nak setelkan proposal ni. Mintak2 masa present nanti Allah permudahkan semuanya. Amin. ok bukan nak cite pasal proposal, tapi nak citer pasal produk baru yang aku pakai sekarang.
Ingat tak before ni aku pernah blog cakap pasal kulit yang da makin kusam, berbintik2 lembik semacam je, da tak tegang macam dulu. Aku tulis tu bukan sesaja ok. Tapi betol2. Kulit aku bukan jenis susah nak jaga. Kalau masa anak dara dulu, takde pencuci muka pakai sabun mandi pon masih ok lagi. Aku dulu pakai Nivea je. Sesuailah dengan kewangan masa tu, pencuci muka RM10 je. Pastu tahan 3 bulan.
Pastu bila da ade duit sket, pakai Clinique plak. Sebab slalu dapat tester rasa kulit jadi makin lembut je. Tapi bila beli yang betul2, effect da takde plak. Tapi still continue pakai sebab sayang da kuarkan duit, tak habis pakai plak. Tapi nak jadi citer, baru half pakai, tertinggal kat gym. Hi…

Petua Kecantikan guna Teh

Hari ni nak bagi tips mcm mn nak bagi kulit cantik n kurang bermasalah sangat. Benda ni saya da amalkan dr sekolah dulu. Ni nak kawen ni so kenalah buat jgk sket2. (konon nak nmpk berseri a ms kawen..hehehe). Kite pakai serbuk teh yang kita guna kat rumah untuk buat air teh kalo tetamu dtg. Benda ni bgus diamalkan every week n masa duit da ala2 kering. hehehe. Bagusnya diamalkan masa muda2 dulu tp kalau nk buat skrg pn bole.

1. Korang mesti pernah pakai teh boh yg bulat tu kan? So instead of buat air teh je, bole guna as pelembap muka. Nanti masa time free2..tak kuar rumah sgt, amik teh tu, rendam dalam air panas selama 5minit (sebab nak kasi teh tu lembut sket) then perah sket tp jgn bg terlalu kering, lap muke korang sket2 dgn teh tu. Biarkan air teh yang melekat kat muka korang tu kering sendiri. Memang muka akan bercapuk sket dengan wrna kuning teh. Biakan sampai korg rs nk basuh. Seharian pn xpe. Benda ni akan melembapkan kulit kite secara tak langsung.

2. Selain tu, korang bole pk…

Tips nak menghilangkan parut & mendapat kulit yg halus mulus

Masa saya pergi buat trial make up untuk majlis pernikahan and majlis bersanding, both my make up artist cakap cenggini, "u have a flawless skin. tak payah nak pakai bedak2 tebal2 sbb kulit u sgt sehat n licin". oh, kembang kuncup bile dgr diorg ckp mcm tu. Mcm nk rabak da suar ms tu. Nsb pkai suar jeans, kuat sket jahitan die. lol.

Ok, meh saya nak kongsi rahsianya. Alhamdulillah, saya dikurniakan kulit yang kurang bermasalah. Jerawat2 jarang2 menyinggah n kulit cepat detect kalau product yg diguna tak sesuai. Before ni sy penah bgtau psl petua teh tukan. Ok petua tu mmg sy amalkan dr sekolah mengh atas sbb ms tu sy takde duit nk beli pencuci muke kat kdai ni. So pkailah teh yg ibu da pakai pg2 buat air tu.

Saya juga tak suke pakai bedak compact n mekap2 before saya abes blaja degree. Sampai skrg, kalo kuar base bedak sy adalah krim pelembap n bedak bby johnson. Sbnrnya kulit ni jgn diajar pkai mekap tebal2 sbb nanti akn seri nye hilang. Sbb tu korg tgk kalo org yg biasa berm…