Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2017

Tips Mudah Untuk Kemas Rumah

Assalamualaikum wbt,
So harini aku nak share sket tips untuk buat rumah mudah dikemas. Aku ni tak rajin sangat mengemas. Nak lap habuk malas, nak buat kerja rumah yang mudah2 je. Jadi ini beberapa cara yang aku buat supaya aku senang nak kemas rumah. Kiranya kalau orang datang rumah mengejut, aku tak perlukan masa yang lama untuk kemas especially kita2 mak2 yang ada anak kecil 😀😀😀
1. Make sure perabot minima. MINIMA maksudnya, kalau kata ruang tamu ada kerusi untuk tetamu duduk, TV n maybe kabinet TV. Kalau ruang makan just meja makan. Make sure kabinet jenis pintu bertutup jadi kalau ada barang yang diletak kat raknya tak nampak. Kalau kita ni jenis rajin lap habuk, tak letak barang sangat, barang nampak bersusun bole pilih yang terbuka. Tapi kalau tahu banyak khazanah nak letak dalam tu, sila pilih yang berpintu. Benda tu sangat membantu untuk 'sembunyikan' majalah ke, album ke surat2 or bil2 yang terkumpul.
Tak perlu nak letak pasu dan bunga plastik, hiasan atau frame b…

Pokok Dalam Rumah

Assalamualaikum wbt,
Harini semangat nak cerita pasal deko rumah. Beli pokok untuk letak dalam rumah. Sebenarnya en suami tak bagi letak dalam rumah. Tapi ni dia takde rumah taktau lah kalau balik dia approve ke tak 😂😂😂 Ok assume jelah dia approve ek (hehehe). Ok so ibu ada bagi pasu besar tapi pasu tu belum amik lagi cuma pokok2nya aku da beli. Pasu tu biasa je. Tapi sebab besar mak semangat nak letak pokok dalam rumah pakai pasu tu. So gambar2 ni kalo korang perasan pokoknya takde pasu lagi.
So beli dekat nurseri area Taman Daya. Nurseri ni pokoknya bersih tersusun n murah. Bole tawar menawar. Macam pokok palm tu RM30 sahaja. Yang lagi 2 pokok tu baru RM20 sebatang. So pada aku murahlah. Konon nak beli 1 tapi da terbeli 3 kawwww (hahahaha).
So puas lah ngangkut pokok keliling rumah. Pinggang now da sakit. Padanlah muka kan. Takpe yang penting hati gumbira. So finally, aku pilih letak kat spot2 ni. Taktaulah kalo da ada pasu akan ditukar lagi ke tak kedudukan diorang. So kena sto…

Just Another Rambling

Assalamualaikum wbt uolls,
Saja lah menjengah blog memalam buta. Dulu macam addicted benor dengan blog. Sehari kadang sampai 5 post ko...sekarang, da macam hidup segan mati tak mahu blog ni 😅 Btw, bila bukak blog ni banyaklah aku baca balik entri lelama. Baca lah apa yang aku penah azamkan, apa yang penah aku nasihatkan untuk diri aku. Aku suka. Buat aku ingat pada diri aku yang lama. Kekadang rasa macam aku tak berubah, tapi bila baca post2 lama, energy masa tu, azam, mood, diri aku masa tu lain. Pikir balik, masa bila semua tu berubah sebenarnya.
Kadang rindu giler dengan diri aku yang lama. Very passionate, very positive, very happy compare to aku yang sekarang. Tapi tu entri yang 5 tahun dulu, 7 tahun dulu. Agaknya kalo 5 tahun lagi aku baca entri sekarang, adakah aku rasa masa ni lebih baik dari masa tu. I dunno tapi aku percaya life is a cycle. Ada masa ko kat atas ada masa kat bawah. Tapi aku suka benda ni keep track perjalanan hidup aku. Nampak macam mana diri aku berkembang…